Tuesday, December 18, 2012

itu sahaja?


Wherever you go... You can go everywhere.. Until you know who is important to you... In the end you will come to those that really meant to you... yee.. itu jee..

yee

Assalamualaikum... sihat semua... xde apa pun nk ckp... cuma stpm dh habis pada 121212... tu je lah.. bye.

Wednesday, November 14, 2012

Usaha dan Tawakal



Iman dan amal soleh adalah penggerak dalaman yang mendorong kepada usaha. Seseorang yang beriman tidak akan meletakkan pergantungan  kepada usaha, tetapi menaruh harapannya kepada Allah. Inilah yang mendorongnya tekun dan tabah, tetap pendirian dan istiqamah. Segala halangan dan rintangan dapat diatasi dengan mudah menerusi kecekalan hati dan sikap tidak mudah menyerah kalah. Kepada Allah jua tempat mengadu sebagaimana diajarkan oleh al-Qur'an.






(Sumber:  dipetik dari Salafi)

Sabar dan Syukur


green are great


Apabila seseorang menyedari bahawa segala nikmat yang diperolehinya, atau musibah yang menimpanya adalah ujian kehidupan, maka ia dapat mengawal dirinya. Jika ditakdirkan peroleh nikmat  ia tidak akan sampai lupa daratan. Kika ditadirkan ditimpa musibah, ia tidak sampai meratap tangisan menyesali untung nasib. Justeru ia menyedari bahawa segala kebaikan yang dilakukannya akan peroleh ganjaran yang lebih baik dari sisi Allah.







(Sumber: dipetik dari Salafi)


Tuesday, October 23, 2012

Tidak Jemu

Assalammualaikum... dah lama tak tngok blog ni. Apa nak tulis pun tak tahu sgt sebenarnya.
Tapi saya cuba untuk tulis ye..
Kebelakangan ini banyak jgk pg forem2 yang di anjurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
 Nasib baik lah ada sohabat yang ajak, tp lebih molek kalau bawak buah hati kami sekali.
Ada satu hari tu, ceramah dkt masjid negeri Shah Alam. tp time nak pg sana kene lah tempoh jem sikit... Yelah,time tu ada pelawanan bola di antara Kelantan dan ATM... petang tu dah jem. nasib baik sempat sampai sebelom maghrib. Kalau tidak, berjam2 lah duk dalam jem tu...
Ceramah habis lewat jgk. lepas habis ceramah, pg makan.  lepas makan nak balik tu plak.. jemm tersgt sgt jem... jem yang memang tak gerak2 punya lah... tp nak balik punya pasai, tempoh aje...
Sambil menyelam minum air org kata. jam 2.25 pagi. singgah lah di kawasan yang memang dah lama xpergi. teringat semua kisah. Saya xpernah lupa pun...
jadi... jika kita  mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada disisi kita.
apa pun saya buat, saya menghidu, saya melangkah, saya mendengar, saya melihat. semuanya mesti ada yang bersagkut paut tentang kamu... untuk meluahkan,tak siap yang mendengar. tetapi,hanya kepada-Nya ku berdoa. kerana Dia Maha Mendengar yang tersembunyi mahu pun yang tidak tersembunyi...
blog ni dah xde sapa nak baca dah nih... ^__^ saya akan merancang apa yang boleh, sesungguh nya Dia lagi Mengetahui apa yang dirancangkan. salam sayang dan rindu... LysYaf...

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

Assalammualikum, kepada pembaca yang setia membaca. Kita sudah sedia maklum yang pada 21 -7-2012 umat islam akan berpuasa, jadi. Sudahkah anda bersedia untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan sentiasa di nanti-nantikan oleh umat islam. Oleh itu,kedatangan Ramadhan pada tahun ini saya amat gembira kerana di temukan lagi. Syukur Alhamdullilah. Mungkin ada yang tidak kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun ini. jadi,kita yang masih hidup ini. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah...(Bismillah...)
Baik lah, saya ada serangkap pantun untuk bulan Ramadhan :)
Kucing kelabu tak dapat lena,
matanya besar tersenyum selalu,
moga Ramadhan ini penuh makna,
agar dapat berkat selalu.

Untuk aktiviti kita akan kurang-kurangkan,tapi kepada semua calon STPM 2012. Teruskan stady tu. tinggal 4 bulan je lagi. Saya berdoa, kita semua akan jawab dengan baik dalam STPM kelak dan kita dapat keputusan yang Ter-cemerlang... AMIN!! Oleh itu,solat perlu di lengkapkan, doa selalu dipanjangkan. Solat sunnat harus di amalkan. Moga ALLAh memberi kesenangan kepada kita untuk menjawab peperiksaan dan memudahkan semua pemeriksa kertas STPM tahun ini di permudahkan hati mereka untuk menanda kertas kita nanti... saya ada serangkap lagi pantun :)
Dari Gombak sampai ke Sabah,
Singgah sebentar di pekan sehari;
Mencapai kejayaan bukannya mudah,
Ibarat mendaki gunung yang tinggi.
Kita semua ada "target" iaitu melangkah kedua belah kaki ke UnIVerSIti... Mari kita berusaha bersama, Oleh itu... rindu dan sayang di simpan seketika. Tawa dan sedih di ketepikan sebentar. Apa yang perlu buat, forcus kepada buku. Cinta lah BUKU macam Cinta boypren atau girlpren. :) Rindulah lah BUKU mcm Rindu keluarga. :) sekarang ini. Depan mata kita semuanya buku. Tapi jgn abaikan yang lain pulak. Mcm saya,saja luangkan masa sikit dekat Blog yang dah berhabuk nih.. (fuhhhh) habuk banyak.. :)


Sampai sini sahaja saya mengupdate. So,selamat berpuasa kepada semua umat Islam, saya sayang kamu semua. Juga tidak pernah lupa kepada kamu juga. tehee. (lysyaf)



Wednesday, February 29, 2012

SIANG MALAM


Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta
Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu

Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku

Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta

Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta

Tiap saat tiada tempat
Bukan bayangan tapi nyata didepan mata
Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai
Di buai cinta