Iman dan amal soleh adalah penggerak dalaman yang mendorong kepada usaha. Seseorang yang beriman tidak akan meletakkan pergantungan kepada usaha, tetapi menaruh harapannya kepada Allah. Inilah yang mendorongnya tekun dan tabah, tetap pendirian dan istiqamah. Segala halangan dan rintangan dapat diatasi dengan mudah menerusi kecekalan hati dan sikap tidak mudah menyerah kalah. Kepada Allah jua tempat mengadu sebagaimana diajarkan oleh al-Qur'an.
(Sumber: dipetik dari Salafi)

No comments:
Post a Comment