Wednesday, November 14, 2012

Usaha dan Tawakal



Iman dan amal soleh adalah penggerak dalaman yang mendorong kepada usaha. Seseorang yang beriman tidak akan meletakkan pergantungan  kepada usaha, tetapi menaruh harapannya kepada Allah. Inilah yang mendorongnya tekun dan tabah, tetap pendirian dan istiqamah. Segala halangan dan rintangan dapat diatasi dengan mudah menerusi kecekalan hati dan sikap tidak mudah menyerah kalah. Kepada Allah jua tempat mengadu sebagaimana diajarkan oleh al-Qur'an.






(Sumber:  dipetik dari Salafi)

Sabar dan Syukur


green are great


Apabila seseorang menyedari bahawa segala nikmat yang diperolehinya, atau musibah yang menimpanya adalah ujian kehidupan, maka ia dapat mengawal dirinya. Jika ditakdirkan peroleh nikmat  ia tidak akan sampai lupa daratan. Kika ditadirkan ditimpa musibah, ia tidak sampai meratap tangisan menyesali untung nasib. Justeru ia menyedari bahawa segala kebaikan yang dilakukannya akan peroleh ganjaran yang lebih baik dari sisi Allah.







(Sumber: dipetik dari Salafi)